1.2 Ciri-ciri Linux
• Linux adalah sebuah sistem operasi multitasking, multi-pengguna dan multithreaded. Ini bermakna pengguna boleh menjalankan beberapa program dalam satu masa dan beberapa orang pengguna boleh menjalankan perisian mereka serentak pada satu sistem (Contohnya komputer pelayan).
• Linux adalah serasi dengan UNIX termasukalah IEEE POSIX 1, System V dan BSD. Selain itu, Linux menyediakan POSIX job control (digunakan dalam shell), pseudoterminals (/dev/pty) dan virtual consoles.
• Tidak seperti MS-Windows 9x yang hanya berfungsi pada platform 80386 dan ke atas, Linux juga boleh digunakan pada platform Motorola 68000, DEC Alpha, ARM, Sun SPARC, MIPS, Apple PowerPC, Intel Merced dan banyak lagi yang akan dan sedang diusahakan. Ini juga bermakna Linux boleh wujud bersama kebanyakan sistem operasi lain seperti Digital HP-UX, Sun Solaris, IRIX, IBM AIX, BSD dan MS-Windows.
• Linux menyokong pemprosesan selari seperti SMP, CC-NUMA dan clustering. Bagi Intel SMP, Linux (kernel 2.2) menyokong sehingga 16 pemproses berbanding MS-Windows 9x yang hanya dapat menggunakan satu pemproses sahaja.
• Linux is free (free bukan bermaksud percuma tetapi bebas). Ini kerana anda boleh mengubahsuai kod sumber (source code) mengikut kehendak anda sendiri.
• Linux boleh menyokong pelbagai filesystem seperti FAT16, FAT32, ext2, ext3, Minix 1, Xenix, ISO 9660 dan banyak lagi. Filesystem asal Linux adalah ext2 tetapi sekarang anda boleh membuat pilihan untuk menggunakan filesystem lain yang terbaru seperti reiserfs, SGI XFS,IBM JFS ataupun ext3. Filesystem ini mampu recover dari bad shutdown dalam masa yang sangat singkat ( 0-7 saat untuk 6 GB bagi reiserfs). (Filesystem FAT memerlukan masa yang agak lama untuk SCANDISK cakera keras 6 GB)
Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, untuk menyerupai kernel Minix yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991. [1]
Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini. Lihat juga The Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model pembangunan kernel Linux dan atur cara seumpamanya.
Sejarah sistem pengendalian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengendalian seperti UNIX lengkap — pengkompil, atur cara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan sistem pengendalian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.
Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.
Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tanda dagangan (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai "Perisian sistem pengendalian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi". Tanda dagangan ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tanda dagangan Linux adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tanda dagangan yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tanda dagangan Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.
Penggunaan sistem pengendalian berasaskan Linux
Pengguna Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan tatarajah terhadap sistem sendiri, lebih cenderung terhadap teknologi berbanding pengguna Microsoft Windows atau Mac OS. Mereka sering mendapat gelaran "hacker" atau "geek". Bagaimanapun stereotaip begini semakin kurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan berleluasannya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak baik dalam pasaran komputer pelayan dan komputer tujuan khas. Contohnya, mesin render imej, dan khidmat web. Linux juga mula popular dalam pasaran komputer atas meja.
Linux merupakan asas kepada kombinasi perisian-pelayan LAMP, kependekan daripada Linux, Apache, MySQL, Perl/PHP/Python. LAMP telah mencapai populariti yang luas dalam kalangan pembangun Web.
Linux juga sering digunakan sebagai sistem pengendalian terbenam. Kos Linux yang murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, iaitu komputer kos rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di negara-negara membangun.
Dengan persekitaran atas meja seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan antara muka pengguna yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows daripada antara muka baris perintah seperti UNIX. Justeru itu, lebih banyak perisian grafik boleh didapati pada Linux, yang menawarkan kebanyakan fungsi yang ada pada atur cara dagangan.
Windows 95 adalah sistem pengendalian di dalam keluarga Windows yang berasaskan antaramuka pengguna grafik berorientasikan pengguna rumah. Ia dilancarkan pada 24 Ogos 1995 oleh Microsoft sebagai pembaharuan ketara daripada Windows 3.1x dengan menyepadukan MS-DOS dan Windows di dalam satu sistem pengendalian, sekaligus menjadikan Windows 95 sebagai sistem pengendalian penuh berbanding Windows 3.0 dan 3.1x yang hanya merupakan persekitaran pengendalian bagi MS-DOS.
Windows 95 menampilkan perubahan yang ketara dari segi antaramukanya. Format bagi antaramuka Windows 95 terus diguna pakai pada versi-versi Windows yang lebih terkini termasuklah Windows Vista. Bukan itu sahaja, malah format antaramuka Windows 95 turut ditiru pengeluar distribusi Linux di dalam persekitaran pengendalian antaramuka grafik pengguna Linux. Antaramuka Windows 95 adalah faktor utama Windows 95 menjadi sistem pengendalian paling berjaya pada masa tersebut.
Ciri-ciri Windows 98
• Integrasi Internet Explorer dengan Windows Explorer - Windows Explorer disepadukan dengan Internet Explorer bagi memudahkan navigasi Windows Explorer. Integrasi dengan Internet Explorer juga membolehkan laman web dibuka terus dari tetingkap Windows Explorer, serta membolehkan gambar latar belakang berformat GIF atau JPEG digunakan (sebelum ini Windows 95 hanya menyokong imej latar belakang berformat BMP sahaja).
• Internet Explorer dan Outlook Express - Windows 98 menyertakan perisian pelayar Web Internet Explorer 4.0 (IE 5.0 bagi Windows 98 SE) dan perisian pembaca e-mel Outlook Express secara percuma.
• Desktop Aktif - Desktop Aktif membolehkan pengguna Windows 98 meletakkan laman web pada desktop serta membolehkan pengguna menggunakan laman web ataupun fail imej berformat JPEG atau GIF sebagai imej latar belakang. Versi awal Windows 98 turut disertakan beberapa saluran laman web utama.
• Sokongan terhadap USB, DVD dan AGP - Windows 98 menyokong USB serta beberapa teknologi multimedia seperti AGP dan DVD. Sebelum ini, sokongan terhadap teknologi USB mula diterapkan di dalam Windows 95 OSR2, tetapi versi berkenaan hanya didapati dengan pembelian komputer baru dan tidak dijual berasingan.
• Bar alatan Pelancar Pantas - Bar tugasan Windows 98 turut disertakan dengan bar alatan Pelancar Pantas (Quick Launch) yang mengandungi perintah memaparkan desktop (dan menyembunyikan kesemua program yang dibuka) iaitu butang Show Desktop, butang Internet Explorer dan Outlook Express (dimansuhkan di dalam Windows XP tetapi boleh ditambah secara manual). Bar Pelancar Pantas ini dikekalkan di dalam semua versi Windows yang lebih baru.
• Windows Update - Windows Update membolehkan pengguna memuat turun fail-fail penampal (patches) bagi pepijat yang tersembunyi serta bagi menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan kepada Windows. Windows Update memerlukan pengguna menggunakan Internet Explorer.
• DirectX - DirectX adalah perisian khas oleh Microsoft bertujuan untuk memastikan kelancaran kad grafik pengguna, terutama ketika bermain permainan komputer.
• Sokongan terhadap cakera keras yang lebih besar - Versi-versi terdahulu Windows menggunakan sistem fail FAT16 yang hanya menyokong saiz cakera keras sehingga maksimum 2 GB, tetapi Windows 98 yang menggunakan sistem fail FAT32 menyokong cakera keras yang lebih besar, dan saiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 4 GB.
[sunting] Windows 98 SE
Pada 5 Mei 1999, Microsoft melancarkan Windows 98 Second Edition (SE). Ia mengandungi fail-fail tampalan bagi kebanyakan isu kecil, menyediakan sokongan USB yang lebih baik serta disertakan dengan perisian Internet Explorer 5 dan Windows Media Player 6.
Windows 98 SE menggunakan format baru bagi pemacu peranti yang dikenali sebagai Windows Driver Model (WDM) bagi menggunakan format lama, VxD. Ini membolehkan pemacu peranti yang menggunakan piawaian WDM digunakan pada Windows 98 walaupun ketika pengeluar tidak membangunkan pemacu peranti yang optimum untuk Windows 98.
Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007[1]. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005[2]. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows.
Windows Vista memberikan banyak taksiran negatif. PC World telah menyeneraikan #1 dari "15 teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak pengguna suka bergantung pada XP, manakala lain-lain yang sudah meningkat telah menjatuhkan semula."[3] Kritikan Windows Vista memasukkan masa pembangunan yang berpanjangan, istilah perlesenan paling terbatas, pemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital baru bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi, kekurangan pemandu bahan untuk sesuatu perkakasan, dan pengguna ciri-ciri baru lain seperti User Account Control.
1. Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas.
2. Indeks Pengalaman Windows - Indeks Pengalaman Windows adalah satu skema pemarkahan perkakasan oleh Microsoft bagi menguji keupayaan konfigurasi komputer yang digunakan untuk menjalankan Windows Vista. Markah bagi indeks tersebut diambil berdasarkan markah terendah bagi perkakasan yang digunakan. Indeks tersebut berguna sebagai panduan buat pengguna untuk menilai spesifikasi komputer mereka serta merancang naik taraf yang diperlukan sekiranya markah yang diperolehi adalah rendah.
3. Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3 markah dalam Indeks Pengalaman Windows.
4. Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows Explorer yang membentuk cangkerang utama dalam Windows kini disepadukan dengan panel kawalan Control Panel serta beberapa perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan serta memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows.
5. Ease of Access - Bahagian Ease of Access menggantikan Accessibility bagi tujuan membantu orang kurang upaya untuk menggunakan komputer. Di dalam Ease of Access ini, sistem pengecaman suara serta bacaan telah disepadukan sepenuhnya bagi membolehkan pengguna kurang upaya menggunakan komputer dengan lebih mudah.
6. Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Teknik pencarian sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.
7. Menu Start yang dikemaskini - Menu Start di dalam Windows Vista dikemaskini dengan menu program berstruktur pohon agar lebih tersusun berbanding versi terdahulu Windows. Selain itu, menu Start di dalam Vista turut dilengkapi enjin pencari bagi membolehkan pengguna mencari program.
8. User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada sistem komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik komputer sendiri untuk mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini kepada sistem komputer. Bagi mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan menegluarkan tetingkap pertanyaan bagi mengesahkan sebarang perubahan kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan pentadbir boleh melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan kata laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan pengguna akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar membetulkan jam dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun pentadbir dapat mengawal sistem dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko keselamatan.
9. Ibu jari previu (Preview Thumbnail) - Dengan menggerakkan tetikus ke ikon program yang sedang berjalan pada bar tugasan, pengguna dapat melihat sepintas lalu kandungan program yang dibuka.
10. Windows Flip 3D - Dengan menekan kombinasi kekunci Windows+Tab, pengguna boleh melihat secara sekali imbas tetingkap program-program yang telah dibuka, berbeza dengan cara lama iaitu kombinasi Alt+Tab yang hanya membolehkan pengguna melihat ikon program yang dibuka.
11. Windows Defender - Windows Defender adalah perisian antipengintip percuma yang didatangkan bersama Windows Vista untuk melindungi sistem pengendalian daripada serangan perisian pengintip.
12. Internet Explorer 7 - Internet Explorer 7 ialah versi terbaru pelayar Web keluaran Microsoft. Antara ciri-ciri utamanya termasuklah pelayaran bertab, ejen pencari bersepadu serta pengurusan plug-in.
13. Windows Media Player 11 - Versi terkini pemain media digital Microsoft ini turut dilengkapi enjin pencari yang mencari fail media sambil pengguna menaip nama fail bagi membolehkan pengguna mencari dan memainkan fail media dengan pantas.
14. Windows Update - Pada versi terdahulu Windows, Windows Update memerlukan pengguna memasuki laman web Windows Update melalui pelayar Internet Explorer. Malangnya, sesetengah pengguna yang mempunyai masalah dengan pelayar Internet Explorer mereka tidak dapat mengemaskini sistem pengendalian Windows mereka, tambahan pula Windows Update hanya menyokong pelayar Internet Explorer sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel, membolehkan pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu membuka Internet Explorer.
15. Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows memanfaatkan ruang kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik prestasi ingatan Windows.
16. Windows Photo Gallery - Windows Photo Gallery adalah perisian pengurusan fail imej bagi menggantikan Windows Image and Fax Viewer dalam Windows XP. Jika dahulunya fungsi Windows Image and Fax Viewer hanya terhad untuk memaparkan imej, Windows Photo Gallery boleh mengimport gambar dari kamera digital serta melakukan sedikit suntingan ringan pada gambar.
17. Bar tepi (sidebar) - Bar tepi menempatkan beberapa perisian mini yang dipanggil gajet seperti jam, kalendar, nota kecil serta ramalan cuaca.
18. Windows Ultimate Extras - Windows Ultimate Extras adalah sekumpulan perisian tambahan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Update khusus untuk pengguna Windows Vista Ultimate sahaja.
Kritikan
Rencana utama: Kritikan Windows Vista
Windows Vista memberikan banyak taksiran negatif. Kritikan-kritikan termasuklah masa pembangunan yang berpanjangan, istilah perlesenan yang paling terbatas, pemasukan teknologi bertujuan menyekatkan salinan media digital yang dilindungi[19], dan kegunaan teknologi keselamtan User Account Control baru. Tambahan pula, sesuatu bimbangan yang ditimbul tentang banyak komputer-komputer menemui keperluan "Vista Premium Ready" dan penghargaan Vista. Apabila ditanyakan di Gizmodo CES apa produk Microsoft boleh menggunakan mengilatkan sebelum keluaran, penubuh Microsoft Bill Gates kata, "Ask me after we ship the next version of Windows. Then I'll be more open to give you a blunt answer."[20][21]
Keperluan perkakasan
Menurut Microsoft, "hampir kesemua PC di pasaran sekarang akan menggunakan Windows Vista" dan kebanyakan PC yang dijual selepas tahun 2005 mampu menjalankan Vista[22]. Walau bagaimanapun, keperluan bagi menjalankan ciri-ciri lanjutan, seperti antaramuka Aero, mungkin memberi kesan kepada banyak pengguna. Menurut Elizabeth Judge, kesemua ciri penuh "hanya boleh didapati kurang daripada 5 peratus dalam pasaran PC Britain."[23]
Pengendalian fail lambat
Apabila dikeluarkan, Vista menjalankan pengendalian fail seperti menyalinkan dan memadamkan yang paling lambat berbanding dengan sistem-sistem pengendalian. Salinan besar diperlukan apabila memindahkan dari komputer ke satu sama lain yang amat sukar tanpa menggunakan baris pemerintah. Ini mengakibatkan kritikan yang kuat.[24] Selepas enam bulan, Microsoft mengesahkan masalah-masalah dengan mengeluarkan penaikan khas[25], yang kemudian melalui Windows Update, dan dimasukkan di Service Pack 1.[26]
Pelesenan dan harga
Perkenalan sekatan pelesenan tambahan yang telah dikritikkan.
Pengurusan hak digital
Satu lagi kritikan sama membimbangkan perintegrasian bentuk Pengurusan Hak Digital (DRM) kedalam sistem pengendalian, secara spesifik Protected Video Path (PVP). Reka bentuk ini direkakan supaya "kandungan premium" dari cakera HD DVD atau Blu-ray mungkin mandat bahawa sambungan di antara komponen-komponen PC dilindungi.
Software Protection Platform
Vista termasukkan teknologi-teknologi anti-cetak rompak perisian, berdasarkan WGA dari Windows XP dipanggil Software Protection Platform (SPP)[27]. Komponen major ialah mod fungsi dikurangkan baru, yang Vista masuk apabila ia mengesan bahawa pengguna menggagalkan "pengaktifan produk atau bahawa salinan itu dikesan sebagai tidak tulen",[28] yang dijelaskan dalam kertas putih Microsoft seperti berikut: "The default Web browser will be started and the user will be presented with an option to purchase a new product key. There is no start menu, no desktop icons, and the desktop background is changed to black. [...] After one hour, the system will log the user out without warning".[29] Ini yang dikritikkan,[30][31] terutamanya diberi laporan "positif palsu" oleh SPP yang terdahulu,[32] dan satu kegelapan server pengesahan.[33][34] Microsoft telah memadamkan mod fungsi dikurangkan di Service Pack 1 menyokong notis-notis di sistem-sistem tidak tulen.[
Windows Millennium Edition, atau lebih dikenali sebagai Windows Me ([miː], [ɛm iː]), adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit yang dilancarkan pada 14 September 2000 oleh Microsoft.
Windows Me adalah versi Windows terakhir yang berasaskan MS-DOS/Windows 9x. Ia juga adalah versi Windows terakhir yang tidak menggunakan pengaktifan perisian.
• System Restore - System Restore adalah utiliti sistem yang memantau sebarang perubahan pada fail sistem Windows yang diakibatkan daripada pemasangan program baru ataupun pemacu peranti baru dan seterusnya membentuk "checkpoint". Sekiranya pemasangan tersebut membawa kesan buruk terhadap sistem komputer, System Restore akan mengembalikan sistem komputer kepada tahap bekerja sebelumnya. Namun demikian, System Restore ada 2 keburukan - prestasi komputer akan terjejas apabila "checkpoint" dibentuk semasa komputer sedang digunakan (terutamanya untuk aplikasi berat seperti permainan komputer), serta System Restore mungkin akan mengembalikan virus komputer yang telah dibuang.
• Perlindungan Fail Sistem - Ciri ini melindungi fail sistem daripada diubah, dibuang atau dirosakkan secara senyap dan automatik. Sekiranya ada fail sistem yang diubah, Windows akan mengembalikan salinan fail asal daripada cakera keras ataupun CD pemasangan Windows Me.
• Susunan baru TCP/IP - Ciri ini diambil daripada Windows 2000 untuk prestasi rangkaian komputer yang lebih baik dan lebih stabil. Windows Me turut menyokong rangkaian FireWire serta sambungan wayarles inframerah di samping turut menyertakan program pendeta Rangkaian Rumah yang baru.
• Palam dan Main Sejagat - Windows Me adalah versi Windows pertama yang menyokong teknologi Palam dan Main Sejagat (UPnP).
• Perolehan Imej Windows (WIA) - Perolehan Imej Windows (WIA; Windows Image Acquisition) diperkenalkan sebagai piawaian bagi memudahkan aplikasi Windows berkomunikasi dengan peranti perolehan imej seperti kamera digital dan pengimbas. Sebelum WIA diperkenalkan, masalah keserasian antara peranti perolehan imej sering berlaku.
• Kemaskini automatik - Windows akan mengemaskini sistem secara automatik dengan memuat turun fail kemaskini daripada laman web Windows Update secara automatik.
• Folder termampat - Windows Me turut menyertakan perisian utiliti pemampatan folder untuk mencipta atau membaca fail berformat ZIP. Sebelum Windows Me, pengguna terpaksa menggunakan perisian pihak ketiga bagi mencipta atau membaca fail berformat ZIP.
• Previu Imej - Fail imej boleh dilihat menerusi utiliti Image Preview. Ciri ini turut membolehkan pengguna memusingkan imej, mencetak atau zum imej.
• Bantuan dan Sokongan - Program Help and Support yang baru menggantikan Windows Help. Ia berasaskan HTML dan memanfaatkan teknologi Rangka Kerja Automasi Sokongan (SAF).
• Pemacu peranti storan massa USB - Windows Me adalah satu-satunya sistem pengendalian di dalam siri Windows 9x yang menyertakan pemacu peranti umum bagi peranti storan massa USB.
Windows Me sering dikritik sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil pernah dibina oleh Microsoft. Reputasi buruk tersebut adalah berpunca daripada kekerapan Windows Me untuk gagal berfungsi serta memaparkan skrin biru(Blue Screen of Death). Sebenarnya, semua sistem pengendalian di dalam keluarga Windows 9x adalah kurang stabil dan cenderung untuk gagal berfungsi atau memaparkan skrin biru, namun tahap kestabilan Windows Me adalah yang paling teruk di dalam siri Windows 9x - Windows Me paling kerap mengalami masalah gagal berfungsi ataupun memaparkan skrin biru.
Reputasi buruk Windows Me sebagai sistem pengendalian paling tidak stabil telah menyebabkan segelintir pihak melabelkan Windows Me sebagai "Mistake Edition" atau "Miserable Edition". Pada tahun 2006, majalah PC World turut melabelkan Windows Me sebagai "Produk Teknologi Maklumat Keempat Paling Teruk Sepanjang Zaman" (selepas AOL, RealPlayer
Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada.
Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak rompak.
• Proses memulakan Windows dan hibrenasi yang lebih pantas.
• Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke pemacu peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah. Ciri ini dikenali sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).
• Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikat perisian mereka tema paparan.
• Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun pengguna lain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih terbuka.
• Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD dapat dibaca dengan jelas.
• Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun internet.
• Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.
Jenis-jenis Windows 2000
Windows 2000 ialah sistem operasi keluaran microsoft, pengganti kepada Windows NT, telah direka khas untuk perniagaan berbanding untuk penggunaan biasa. Seperti mana versi terdahulu, Windows 2000 ialah sistem operasi 32-bit yang berkebolehan dalam multithreaded dan multitasking. Berikut adalah perbezaan versi Windows 2000 dan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya.
Windows 2000 Professional
Perniagaan
Baik dalam: Kemudahan; Sekuriti, persembahan, dan boleh dipercayai; menyokong komputer mudah alih
Windows 2000 server
Untuk kegunaan kecil atau bersaiz sederhana, kumpulan kerja, pejabat cawangan, aplikasi jabatan, fail, pelayan cetakan
Multi-pemproses simetri dua-hala (SMP); ActiveDirectory; management tools; Kerberos dan sekuriti PKI; COM+; sokongan Windows Terminal; Servis internet yang lebih baik
Windows 2000 Advanced Server
Untuk kegunaan jabatan
Memiliki ciri-ciri Windows 2000, Multi-pemproses simetri 4-hala; load balancing; berkelompok; Persembahan-tinggi penyisihan; fizikal 64-GB memori
Windows 2000 Datacenter Server
Operasi besar - gudang data, Proses Transaksi Online (OLTP), simulasi sains dan kejuruteraan, penyelesaian Enterprise
Memiliki ciri-ciri Windows 2000 Advanced Server, ditambah dengan Multipemproses 16-hala SMP
Search This Blog
Saturday, 26 November 2011
Perkakasan input pc
SOALAN 1:
1:FUNGSI UTAMA KOMPUTER IALAH
=A (menggubah sesuatu data kepada maklumat)
2:SISTEM PENGOPERASIAN ADALAH
=A (perisian untuk menjalankan komputer)
3:BERIKUT ADALAH PERALATAN YANG TERSEMBUNYI DALAM KTAK SISTEM KECUALI
=C (mouse)
4:PERISIAN APLIKASI
=A (perisian yang menjalankan aplikasi scandisk)
SOALAN 2
1: 4 PERINGKAT UNTUK DIPILIH SEMASA MEMBELI KOMPUTER
=peringkat asas
=peringkat pertengahan
=peringkat tinggi
=stesen kerja
2: 2 PERISIAN IALAH
=software
=utiliti
3:FUNGSI UTAMA KOMPUTER
=mengubah data kepada maklumat
4:4 SISITEM PENGOPERASIAN YANG ADA
=linux
=mac
=unix
=windows
5: PERBEZAAN LINUX,WINDOWS DAN UNIX
LINUX
= Linux adalah sebuah sistem operasi multitasking, multi-pengguna dan multithreaded. Ini bermakna pengguna boleh menjalankan beberapa program dalam satu masa dan beberapa orang pengguna boleh menjalankan perisian mereka serentak pada satu sistem (Contohnya komputer pelayan).
= Linux adalah serasi dengan UNIX termasukalah IEEE POSIX 1, System V dan BSD. Selain itu, Linux menyediakan POSIX job control (digunakan dalam shell), pseudoterminals (/dev/pty) dan virtual consoles
=Linux menyokong pemprosesan selari seperti SMP, CC-NUMA dan clustering. Bagi Intel SMP, Linux (kernel 2.2) menyokong sehingga 16 pemproses berbanding MS-Windows 9x yang hanya dapat menggunakan satu pemproses sahaja.
WINDOWS.
= Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas.
=Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3 markah dalam Indeks Pengalaman Windows.
= Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Teknik pencarian sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.
UNIX
=open source
=command promt
=kod sistem V
6: 4 GENERASI TERAWAL KOMPUTER
=generasi tiub vakum
=generasi transistor
=generasi circuit intergerasi
=generasi processor micro
7: 4 versi windows
=2000
=Me
=vista
=xp
1:FUNGSI UTAMA KOMPUTER IALAH
=A (menggubah sesuatu data kepada maklumat)
2:SISTEM PENGOPERASIAN ADALAH
=A (perisian untuk menjalankan komputer)
3:BERIKUT ADALAH PERALATAN YANG TERSEMBUNYI DALAM KTAK SISTEM KECUALI
=C (mouse)
4:PERISIAN APLIKASI
=A (perisian yang menjalankan aplikasi scandisk)
SOALAN 2
1: 4 PERINGKAT UNTUK DIPILIH SEMASA MEMBELI KOMPUTER
=peringkat asas
=peringkat pertengahan
=peringkat tinggi
=stesen kerja
2: 2 PERISIAN IALAH
=software
=utiliti
3:FUNGSI UTAMA KOMPUTER
=mengubah data kepada maklumat
4:4 SISITEM PENGOPERASIAN YANG ADA
=linux
=mac
=unix
=windows
5: PERBEZAAN LINUX,WINDOWS DAN UNIX
LINUX
= Linux adalah sebuah sistem operasi multitasking, multi-pengguna dan multithreaded. Ini bermakna pengguna boleh menjalankan beberapa program dalam satu masa dan beberapa orang pengguna boleh menjalankan perisian mereka serentak pada satu sistem (Contohnya komputer pelayan).
= Linux adalah serasi dengan UNIX termasukalah IEEE POSIX 1, System V dan BSD. Selain itu, Linux menyediakan POSIX job control (digunakan dalam shell), pseudoterminals (/dev/pty) dan virtual consoles
=Linux menyokong pemprosesan selari seperti SMP, CC-NUMA dan clustering. Bagi Intel SMP, Linux (kernel 2.2) menyokong sehingga 16 pemproses berbanding MS-Windows 9x yang hanya dapat menggunakan satu pemproses sahaja.
WINDOWS.
= Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas.
=Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar tetapi untuk memperolehi antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi bagi melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3 markah dalam Indeks Pengalaman Windows.
= Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista akan terus mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Teknik pencarian sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.
UNIX
=open source
=command promt
=kod sistem V
6: 4 GENERASI TERAWAL KOMPUTER
=generasi tiub vakum
=generasi transistor
=generasi circuit intergerasi
=generasi processor micro
7: 4 versi windows
=2000
=Me
=vista
=xp
Thursday, 24 November 2011
Monday, 31 October 2011
Kesilapan Besar Hari Ini DiGiatmara
Pehh....hari nie malang sekalilah. Ni semua gara-gara x solat subuh pagi tadi..adoi kalau solat subuh tadi mesti x jadi macam nie...tau apa yang malang hari nie?...aku pegi print laporan sampai satu pek A4 kertas benda yang sama jew..pehh..orang lain nak print x de kertas..ahahahahaqhhahahaha....tapi malulah ingatnya nak buat amal ialah nak bagi sikit siapa yang nakkan, tak sangka leh jadi cam nie...betol kata orang tua2
"buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"....insyallah lain kali x buat lagi.
biarlah nie jadi satu kenangan kat Giatmara Kuala Lumpur....:)
Monday, 19 September 2011
Bermain monopoly boleh menyebabkan anda tidak tidor malam
hari nie aku x sangka leh main monopoly kat pc leh wat aku x tidor malam.....nie sbb aku kaya duit aku 27m kayalah tu...member aku yang 3 orang lagi nie almost bankrup dan suka main trade.diorang nak trade ngan aku tanah sedangkan aku ade 1 tanah ngan 3 airport...sial diorang nak majal aku doh...sekarang aku dah deal ngan member ak dia nak trade aku,aku bagi dia tanah aku yang tunggal tu dan dia bagi aku airport...sanggup x aku nak menerimanya tunggu sambongan..hehehehe
Wednesday, 14 September 2011
Peperiksaan mengejut (PAM)
peh!!! hari nie peperiksaan mengenai power supply...syukur alhamdullilah dapat jawab walaupun x sempurna heheheheehe...!!.harap dapat lulus pon jadilah x naklah tamak sangatkan sampai nak kena 100/100kan lulus dah memadai harap diperkenankan.....(Moksa)
Monday, 1 August 2011
Pengenalan Diri
assalam..nama saya nizam a.k.a moksq.umur 18,duduk kat setapak jaya KL..hobi saya suka kaji sejarah..dan surf internet..makanan kegemarn nasi goreng pattaya,minuman kegemaran teh O ais,bandung,air apple,durian belanda dan lain2....so nak bagi tau korang aku nak ramai kawan lagi yang boleh bimbing aku ke jalan maksia bukan jalan hitam...hihihih macam tagline bohsia lak....hahhahaha jumpa lagi SALAM!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)